Pengenalan
Tinta Tamadun merupakan aktiviti yang dirangka untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar melakukan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pengalaman autentik. Oleh itu pelajar diminta melaksanakan kajian di lokasi-lokasi terpilih yang mempunyai hubung kait dengan tajuk pembelajaran di dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS-CTU551). Hasil dapatan daripada kajian dilaporkan menerusi projek yang dihasilkan dalam bentuk video atau blog, seterusnya dipersembahkan dalam bentuk slaid pembentangan multimedia semasa sesi pembentangan di dalam kelas. Pelajar juga perlu menyediakan kertas kerja hasil gabungan dapatan kajian di lapangan dan sorotan literatur daripada pelbagai sumber. Perbincangan dan perkongsian tentang hasil projek bersama rakan-rakan dan pensyarah turut diadakan di atas talian.
Aktiviti
Pelajar perlu melaksanakan projek yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- Konteks/Situasi autentik menggambarkan pengetahuan yang akan digunakan dalam dunia sebenar. (Lapangan)
- Tugasan autentik yang mempunyai kerelevanan dengan dunia sebenar dan memerlukan penghasilan projek dalam tempoh tertentu untuk menunjukkan pencapaian. (Penghasilan video/blog)
- Akses kepada persembahan pakar dan pemodelan proses. Interaksi menerusi rangkaian sosial bagi membina komuniti pelajar secara global bagi tujuan perkongsian idea mahupun cerita (pakar dan bahan-bahan pengajaran dalam portal e-CITAC dan MOOC)
- Peranan dan perspektif pelbagai. Mendorong pelajar untuk meneroka tugasan daripada perspektif yang berbeza, mengambil kira pandangan kepelbagaian idea (peta minda, video/blog, penulisan kertas kerja, slaid multimedia)
- Kolaboratif membina ilmu. Tugasan dilakukan secara berkumpulan menerusi komunikasi teknologi antara ahli. (Ahli kumpulan dan kumpulan lain)
- Refleksi untuk menyediakan peluang kepada pelajar membuat refleksi terhadap pembelajaran (Refleksi projek)
- Pelajar berpeluang menyampaikan idea dan proses penghasilan projek mengukuhkan kefahaman dan alasan, membantu mengenal pasti kelemahan atau jurang dalam pemikiran. Tugasan dilakukan secara kolaboratif dan pembentangan membolehkan pelajar membela diri. (Slaid Pembentangan)
- Bimbingan dan sokongan daripada pensyarah menerusi pembelajaran kolaboratif bersama rakan-rakan di dalam dan di luar kumpulan semasa menjalankan projek. (Bimbingan pensyarah)
- Penilaian autentik. Pelajar diberi peluang mempersembahkan produk dan pencapaian dalam bidang pengetahuan yang dikehendaki menerusi kolaborasi dengan rakan-rakan yang lain. (Hasil Pembentangan)
Pelaksanaan Aktiviti
- Pensyarah memaklumkan projek yang perlu dilakukan oleh pelajar semasa sesi pengajaran bersemuka dan di atas talian menerusi LMS-iPortal, Facebook, Whatapp.
- Pelajar dicadangkan melaksanakan projek berpandu carta alir di bawah:

- Cadangan Tajuk
| Tajuk | Kumpulan |
| Masyarakat, Budaya, Kepercayaan dan Nilai-nilai MurniTamadun India
Tamadun Cina *Perbezaan dengan Tamadun Islam |
21 Kumpulan
1 Kumpulan |
| Pencapaian dalam pelbagai bidangTamadun Islam
Tamadun India Tamadun Cina Bahasa dan Kesusasteraan Sains dan Teknologi Kesenian |
31 Kumpulan
1 Kumpulan 1 Kumpulan |
| Cabaran peradaban abad ke-21Media
Sosial Ekonomi Hak Asasi manusia |
21 Kumpulan
1 Kumpulan |

Dalam Tinta Tamadun, pelajar-pelajar berpeluang untuk berusaha merancang projek, terlibat dengan pihak luar ketika dalam tugas lapangan, menyelesaikan projek, bekerjasama dengan kawan-kawan. Kena kreatif dalam menghasilkan projek yang berkualiti.
Apa pandangan yang lain tentang aktiviti Tinta Tamadun? Bila berada di lapangan, ketika temubual, semasa menghasilkan video? Kerjasama sangat perlu dalam kumpulan.