Pengenalan
Bicara Tamadun pula ialah perbincangan di atas talian mengenai topik-topik tertentu yang mempunyai hubung kait dengan silibus pembelajaran. Perbincangan terbuka bersama rakan-rakan dan pensyarah di atas talian membantu pelajar memperoleh maklumat yang lebih luas sekali gus membina keyakinan diri pelajar terhadap kandungan dan topik pembelajaran yang telah dipelajari.
Aktiviti
- Selepas setiap sesi pengajaran bersemuka di dalam dewan kuliah, pensyarah akan memuatnaik soalan perbincangan yang relevan dengan topik di dalam LMS, Facebook dan Whatsapp.
- Pelajar diminta masuk dalam LMS (i-Learn) untuk mendapatkan soalan perbincangan.
- Pelajar boleh mengemukakan jawapan di dalam LMS (i-Learn), Facebook dan Whatsapp.
- Pelajar boleh berbincang dan mencipta persoalan, cadangan dan komen terhadap isu yang dibincangkan dengan bantuan penyeliaan serta bimbingan daripada pensyarah.
- Perbincangan bersama dengan rakan-rakan dan bimbingan pensyarah membantu pelajar membina dan mengukuhkan ilmu pengetahuan.
Pelaksanaan Aktiviti
- Pensyarah memuatnaik soalan diskusi di dalam LMS (i-Learn, facebook group dan Whatsapp)
- Pensyarah memaklumkan kepada pelajar tentang soalan berkenaan di dalam Whatsapp.
- Pelajar berbincang dan memberikan komen serta idea mahupun bahan tambahan terhadap perbincangan
- Pensyarah memberi komen dan cadangan terhadap setiap perbincangan.
