e-Citac

Eksplorasi Tamadun Islam

Eksplorasi Tamadun Islam dilakukan di dalam kumpulan. Sila lihat video di bawah bersama rakan-rakan kumpulan anda dan jawab soalan berpandukan soalan yang disediakan di dalam pautan seterusnya.

1. Video Eksplorasi Tamadun Islam

2. Soalan Eksplorasi Tamadun Islam

One thought on “Eksplorasi Tamadun Islam”

  1. AMIRAH RASYIDAH BT MOHD NASIR, AMAL JAUNE BT JALALUDIN, NORADNIN BT MOHAMAD, NUR NABILAH INANI BT MOHD JONI

    1. Sumbangan Umar Al-Khattab dalam pentadbiran :
    -penubuhan jabatan percukaian
    -pembentukan majlis syura
    -memecahkan kawasan dan pusat pemerintahan wilayah yang berasingan
    -setiap wilayah dilantik seorang wakil dan beberapa orang pengawai untuk menjalankan pentadbiran
    -memperbaharui dan mengemaskini undang-undang pentadbiran tanah
    -mengubahsuai penetapan cukai urusan dan pentadbiran

    2. usaha-usaha penyebaran islam oleh Rasulullah :
    -melaksanakan dakwah secara rahsia pada peringkat awal kepada ahli keluarga terdekat
    -meneruskan dakwah secara terang-terangan
    -berhijrah ke Yathrib bersama-sama para sahabat dan penduduk kota Mekah
    -membentuk negara islam yang pertama di Madinah
    -mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar
    -membina masjid nabi
    -menyediakan piagam madinah sebagai peraturan kepada kaum Islam, Musyrikin dan keseluruhannya

    3. lima sumbangan tamadun Islam dalam bidang sains:
    -astronomi
    -kimia
    -geografi dan pelayaran
    -perubatan
    -matematik

    4. sumbangan tamadun Islam dalam bidang matematik dan pelayaran :
    -penemuan matematik oleh ilmuwan Islam seperti al-khawarizmi dan al-biruni
    -penemuan sistem nombor, arismetik dan teori nombor algebra/aljabar, geometri analisis dan kaedah berangka
    -memperkenalkan sistem nombor baru seperti angka sifar
    -menggerakkan umat Islam untuk menjelajah dari negara ke negara
    -memberi nama kepada sungai-sungai
    -menerangkan lokasi, keadaan dan perdagangan penduduk India

    5.sumbangan kerajaan Umayyah dalam perkembangan tamadun Islam:
    -berjaya meluaskan empayar kerajaan
    -membasmi kemiskinan
    -pembinaan masjid Cordova
    -sistem pembelajaran yang komprehensif dalam semua bidang
    -pemerintah menaja pelajar-pelajar mempelajari ilmu yang boleh membina masyarakat
    -menubuhkan universiti
    -menaungi ulamak dengan elaun yang tertentu
    -mendirikan perpustakaan dan membeli buku-buku rujukan
    -berjaya menangani ancaman dari dalam mahupun luar
    -terbinanya kota satelit
    -terbinanya istana yang dikeliling taman

    OBJEKTIF :
    1) B
    2) A
    3) C
    4) B
    5) D