1. Sila klik pautan di bawah untuk membaca soalan bagi aktiviti ini.
http://www.e-citac.com/wp/mukasyafah_islam/bicara_islam.swf
2. Selamat berbicara mengenai topik ini di ruangan forum yang disediakan. Anda juga boleh memberikan ulasan dan pandangan dalam ruangan jawapan di bawah ini. Semoga anda dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan tentang nilai ketamadunan.
1) Sejauh mana pencapaian umat terdahulu membangunkan kegemilangan tmdun
Dahulu umat Islam digalakkan untuk mencapai kegemilangan dari segenap aspek dalam kehidupan. Segalanya tercetus apabila munculnya kerajaan yang mengamalkan ajaran islam secara syumul. Kemudian, terhasilnya perluasan kuasa yang membolehkan kerajaan Islam melaksanakan dakwah dalam system pemerintahan dan system kehidupan bermasyarakat. Pencapaian dari segi penyebaran dan perkembangan ilmu banyak membantu menaikkan kegemilangan Islam pada zaman terdahulu. Penggunaan tulisan adalah salah satu ciri penting tamadun islam.Ia mempercepatkan proses penyebaran kebudayaan Islam seterusnya mempergiatkan perkembangan ilmu yang memberi kesan yang mendalamterhadap perubahan dalam semua aspek kehidupan umat.
• Kemunculan kota atau Bandar bagi menampung pertambahan penduduk yang sedia ada dan yang dating untuk pelbagai aktiviti lain.
• Wujudnya ketidak seragaman jenis bangsa yang memeluk islam dan seterusnya turut sama-sama membentuk sebuah masyarakat islam yang aktif dan maju.Perbezaan peranan yang dimainkan melahirkan pembahagian kerja seterusnya wujudlah satu bentuk ekonomi Bandar.
• Wujudnya bangunan-bangunan bersejarah yang menjadi keagungan generasi berikutnya seperti istana-istana, Masjid-masjid dan monumen-monumen penting yang lain.
• Kewujudan negara Islam.Menurut sebahagian penulis-penulis antarabangsa, Islam adalah satu cirri tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang islam hanya boleh dilakukan dengan bebas di dalam negara islam
2) Faktor mmbantu prkmbgn kgiatan keintelektualan
Interaksi dengan tamadun lain : Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain merupakan ransangan kepada kuehidupan bertamadun.Ini kerana sikap toleransi kepada sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai yang baik dari tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan tamadun baru. Tamadun Islam turut menerima sumber ilmu daripada tamadun india, cina dan lain-lain
3) Punca pgaliran ilmu ke barat
Kerajaan Islam di Sepanyol dan Sicily yang diasaskan oleh kerajaan Bani Umayyah telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Eropah. Menerusi orang Moor (Islam Sepanyol) dan golongan Mozarobes, bidang iImu pengetahuan Islam berkembang di Eropah. Orang Mozarobes telah mernbawa perkembangan ilmu Arab (Artes Arabes) ke Barat.
Kaum Norman yang berjaya menakluki Sicily pada tahun 1091. Raja Norman seperti King Roger 1, King Roger II, King Frederick II dan Charles I menyokong kuat perkembangan pengaruh kebudayaan dan keilmuan Islam. King Frederick II memberi layanan istimewa kepada sarjana Islam dan meminta buku ilmu pengetahuan Arab diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Karya perubatan Ibn Sinar dan penulisan ilmu geografi Al-Idrisi banyak mempengaruhi bidang ilmu sekolah-sekolah di Naples dan Salerno.
Atlas Partolan dan kompas yang digunakan oleh ahli pelayaran Islam mempengaruhi ilmu pelayaran Eropah.
Pemikir intelektual Islam seperti al Kindi, al Farabi dan Ibn Rusyd berjaya rnempengaruhi kelahiran gerakan intelektual di Eropah seperti fahaman humanisme pada abad ke 13 Masihi.
4) Karakteristik ilmuwan islam dan suasana persekitaran negara islam yang membantu kecemerlangan & kejatuhan tamadun
-berusaha gigih : para ilmuwan Islam sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut sesuatu ilmu . mereka sanggup bermusafir dan menjelajah dunia demi mencari guru yang benar. Mereka juga bertungkus lumus mengkaji ilmu-ilmu yan baru demi mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang bermain di minda mereka.
-berdaya siang : meskipun telah wujud negara-negara Barat yang maju, ilmuwan Islam tetap bersaing dengan mereka yang telah maju demi membangunkan Islam .
-menyahut seruan Tuhan : Allah telah berfirman dalam Al-Quran “bacalah dengan nama Tuhanmu”. Istilah ‘baca’ disini ditafsirkan sebagai menuntut ilmu . ilmu itu harus dibaca, dikaji, difahami dan diamalkan.
Suasana zaman terdahulu sangat mementingkan ilmu. Ulamak dan ilmuwan diangkat martabatnya dalam pentadbiran dan masyarakat. Masyarakat memandang tinggi tahap ilmu seseorang individu tersebut . makin tinggi ilmunya , makin mulia dia akan dipandang dan diperlakukan secara terhormat.
Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan oleh kedudukannya yang strategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah memperolehi sumber-sumber semulajadi bagi menampung kehidupan masyarakatnya.
2) Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalan daripada ajaran-ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni.Ini secara tidak langsung telah menjadikan manusia menuju kepada kehidupan yang bertamadun.Kemunculan tamadun islam telah mempengaruhi oleh ransangan nilai-nilai murni berdasarkan cara hidup islam yang sempurna.
3) Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkan masyrakat yang menghayati nilai-nilai murnisudah pasti mendorong kepada sifat kecintaankepada ilmudan nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, berdisiplin dan sebagainya.Pemimpinnya juga mengamalakn nilai-nilai murni dalamkehidupan seperti tiadanya rasuah, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara.
4) Kesengsaraan hidup dimana situasi kehidupan yang dibelenggu keperitan dan kesengsaraan menggalakkan masyarakatnya itu lebih berdisiplin dan kreatif dalammembangunkan kehidupan mereka.
Keruntuhan :
Berdasarkan kepada sejarah, sesebuah tamadun merosot disebabkan oleh faktor-faktor berikut :
-Wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang miskin dan yang kaya.
-Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi manusia diketepikan.
-Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama dalam kalangan pemimpin.
-Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi sains dan teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial.