Pengenalan
Eksplorasi Tamadun pula dirangka untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar menyaksikan video tentang perkembangan dan pencapaian tamadun secara autentik menerusi gabungan grafik, audio, animasi dan teks. Pelajar berpeluang menyaksikan video dan menyelesaikan soalan yang disediakan secara berkumpulan di atas talian. Menonton video, perbincangan bersama rakan-rakan dari kumpulan lain dan pensyarah di atas talian dan di dalam kelas membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih dekat dengan diri pelajar.
Aktiviti
- Aktiviti dilakukan secara berkumpulan di atas talian.
- Video-video pengajaran terpilih boleh disaksikan menerusi LMS (i-Learn portal) atau secara offline.
- Pelajar diperlihatkan senario tamadun-tamadun yang dibincangkan secara realiti dalam bentuk gabungan audio, video, grafik, teks dan animasi bagi menyumbang motivasi (kepuasan) kepada pelajar.
- Selepas setiap dua video dipersembahkan, pelajar-pelajar diminta menyelesaikan jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan berpandu kepada video berkenaan.
- Jawapan keseluruhan kepada soalan-soalan di dalam eksplorasi hendaklah dimuatnaik di dalam portal i-Learn (folder group).
- Perbincangan lanjutan akan disusuli di dalam kelas untuk tujuan pengukuhan.
Pelaksanaan Aktiviti
- Selepas semua topik pembelajaran dalam kursus TITAS dipelajari, pensyarah akan memuatkan video-video pengajaran di atas talian.
- Pensyarah memaklumkan kepada pelajar tentang video berkenaan.
- Pelajar diminta masuk dalam LMS (i-Learn) untuk menonton video dan membuat refleksi tentang video.
- Perbincangan bersama dengan rakan-rakan dan bimbingan pensyarah membantu pelajar membina ilmu pengetahuan.
