e-Citac

Refleksi

refleksi

Pengenalan

Refleksi Tamadun merupakan aktiviti menonton video di atas talian. Pelajar digalakkan memuat turun video terlebih dahulu sebelum menyaksikan kandungan video untuk mengelakkan gangguan rangkaian. Selepas menonton video, pelajar-pelajar diminta berkongsi refleksi terhadap video dan mengaitkan dengan topik-topik pembelajaran yang telah dipelajari. Seterusnya pelajar meneruskan perbincangan bersama dengan rakan-rakan berserta bimbingan daripada pensyarah.

Aktiviti

  1. Pensyarah memuatnaik dua video yang berkaitan dengan silibus bagi setiap satu topik pengajaran.
  2. Pelajar akan menonton video di atas talian. Pelajar digalakkan memuat turun video terlebih dahulu di komputer/laptop/netbook dan lain-lain alat untuk mengelakkan gangguan rangkaian semasa menonton.
  3. Pelajar diminta memuatkan refleksi di dalam ruangan forum.
  4. Pelajar berpeluang untuk berdiskusi dengan rakan-rakan di atas talian menerusi LMS (i-Learn), facebook dan WhatApp beserta bimbingan pensyarah.

Pelaksanaan Aktiviti

  1. Pensyarah akan memuatnaik dua video selepas tamat setiap topik pembelajaran.
  2. Pensyarah memaklumkan kepada pelajar tentang video berkenaan.
  3. Pelajar diminta masuk dalam LMS (i-Learn) untuk menonton video dan membuat refleksi tentang video.
  4. Perbincangan bersama dengan rakan-rakan dan bimbingan pensyarah membantu pelajar membina dan mengukuhkan ilmu pengetahuan.