e-Citac

Eksplorasi Tamadun India

1. Eksplorasi Tamadun dilakukan di dalam kumpulan. Sila lihat video di bawah bersama rakan-rakan kumpulan anda dan jawab soalan berpandukan soalan yang disediakan di dalam pautan seterusnya :

2. Soalan eksplorasi hendaklah diselesaikan bersama ahli kumpulan. Jawapan bagi setiap kumpulan hendaklah dihantar di dalam ruangan komen di bawah.

Sekiranya ingin memberi ulasan dan pandangan terhadap aktiviti dalam ruangan ini, sila hantar comment.

Cara-caranya ialah seperti berikut:

1. Dalam bahagian Leave A Reply sila taip nama dalam ruangan yang disediakan. Di bawahnya masukkan username email masing-masing. Username tidak akan dipaparkan dalam komen, hanya nama sahaja yang akan dipaparkan.

2. Seterusnya sila taip idea, pandangan dan kemusykilan dalam ruangan Leave A Reply (Comment) dan post comment.

3. Semoga aktiviti ini mendatangkan manfaat kepada kita semua.

6 thoughts on “Eksplorasi Tamadun India”

  1. AMAL JAUNE BINTI JALALUDIN, AMIRAH RASYIDAH BINTI MOHD NASIR, NORADNIN BINTI MOHAMAD KAMAL, NUR NABILAH INANI BINTI MOHD JONI

    1. Lima bentuk kepercayaan tamadun India ialah:
    -Hindu
    -Sikh
    -Jain
    -Buddha
    -Islam

    2. Susunan sistem kasta dalam masyarakat India:
    Brahman – golongan intelek dan ahli agama
    Ksatriya – pemerintah, pentadbir dan tentera
    Vaisya – Pedagang dan peniaga
    Sudra – buruh dan petani

    3. Lima bentuk pencapaian tamadun India yang menyumbang kepada peradaban dunia:
    – kesenian
    -bahasa
    -pendidikan
    -perubatan
    -sains dan teknologi

    4. Lima tokoh terkenal zaman pemerintahan Islam di India
    -Akbar Agung
    -Shah Jehan
    -Aurangzeb
    -Humayun
    -Babur

    5. Bentuk-bentuk seni yang memperlihatkan pencapaian tamadun India
    -seni bina
    -seni halus muzik
    -seni halus tarian
    -seni lukis (ukiran)

    6. B-Kerajaan Delhi
    7. B- Taj Mahal
    8. C- Kerajaan Gupta
    9. D- Adat perkahwinan mengikut budaya Arab
    10. B- Lembangan Sungai Indus

    1. nrizahuia

      Amal Jaune dan rakan-rakan2 kumpulan.

      Tahniah kerana dapat menyempurnakan aktiviti eksplorasi India. Apa pandangan amal jaune dan rakan-rakan kumpulan atau pelajar2 lain tentang sumbangan Shah Jehan dalam pemerintahan Islam di India?

      1. nrizahuia

        Pelajar-pelajar semua yang sentiasa tekun dan ikhlas belajar…
        Jawapan untuk aktivti eksplorasi Tamadun boleh diposkan dalam Forum di dalam folder Eksplorasi Tamadun India. Di sini pelajar-pelajar digalakkan memberi ulasan dan bertukar-tukar pandangan terhadap aktiviti eksplorasi. Selamat meneroka ilmu tamadun. Semoga pelajar semua bertambah cemerlang.

        1. nrizahuia

          Uji minda….peperiksaan semakin hampir.
          Apakah bentuk pencapaian India dalam bidang perubatan dan sains teknologi?

  2. fatinsyafiqarazali

    Assalamualaikum semua. Saya ada sedikit kemusykilan. Jika dicari dan dikaji maklumat, ada yang mengatakan kerajaan pertama Islam semasa tamadun India adalah kerajaan Sabaktakin. Dan ada juga mengatakan kerajaan Ghazni. Adakah kerajaan2 tersebut berkait?

    1. nrizahuia

      Waalaikissalam Fatin..

      Kerajaan Sabaktigin yang fatin maksudkan kan? Kerajaan Ghazni dan Kerajaan Sabaktigin merupakan satu pemerintahan Kerajaan Islam di India yang sama tetapi pada era yang berbeza. Kenapa? sebab Sabaktigin merupakan menantu kepada Ghazni dan ia meneruskan pemerintahan ayahnya. Antara bentuk tinggalan kerajaan berkenaan ialah Masjid Jama Masjid. Gambar masjid berkenaan ada dalam nota pembelajaran-video kelahiran tamadun India.