e-Citac

Refleksi India

Sila klik pautan di bawah untuk membaca soalan-soalan yang perlu dijawab bagi aktiviti ini. Seterusnya sila tonton video 1 dan 2 untuk meneruskan perbincangan. Anda boleh melakukan perbincangan di dalam ruangan forum yang disediakan. Anda juga boleh memberi pandangan dan ulasan terhadap aktiviti ini di ruangan komen di bawah. Selamat berbincang secara positif.

http://www.e-citac.com/wp/refleksi_tamadun/refleksi_india.swf

1. Video 1

2. Video 2

4 thoughts on “Refleksi India”

  1. azila

    assalamualaikum. ulasan saya bagi video 1 ialah tamadun india sangat terkenal dan kaya dengan keunikannya dari segi seni bina. antara contoh senibina yang dipamerkan dalam video ialah taj mahal dan agra fort. kedua-dua binaan ini sangat berkait rapat dengan pemerintah tamadun india iaitu jahan. dapat dilihat pertembungan tamadun-tamadun seperti islam, india dan parsi pada binaan ini dan yang paling menonjol sekali adalah gabungan daripada tamadun islam dan india. kita sebagai generasi muda kini perlu menghargai binaan-binaan ini dengan mempelajari sejarah di sebalik pembinaannnya agar nilai-nilai yang ada tidak hilang begitu sahaja.

  2. AMAL JAUNE BINTI JALALUDIN HS244

    1. Tamadun India memberikan sumbangan yang besar dalam kesenian seni bina. Bincangkan pernyataan tersebut dengan mengaitkan pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India. Berikutnya jelaskan perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India.

    – Salah satu seni bina yang terkenal dalam tamadun India ialah Taj Mahal. Reka bentuk Taj Mahal dibina dengan menggabungkan unsur-unsur seni bina dari Parsi, Turki dan Arab yang mana merupakan Tamadun Islam. Sejumlah 4 menara dibina bagi menghiasi setiap penjuru Taj Mahal. Unsur binaan menara yang tinggi ini merupakan anata ciri seni bina Islam. Pintu masuk Taj Mahal berbentuk lengkung yang menyerupai sebuah masjid. Ini juga merupakan salah satu ciri reka bentuk seni bina Islam. Selain itu, Taj Mahal juga dihiasi dengan corak-corak berunsurkan bunga dan geometri yang menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Selain corak bunga dan geometri, Taj Mahal juga dihiasi dengan potongan ayat-ayat al-Quran dan ukiran khat Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal. Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam begitu kuat dalam seni bina Taj Mahal yang merupakan antara seni bina terkenal di India.

    Setiap zaman di india mempunyai ciri-ciri seni bina nya yang tersendiri. Contohnya pada zaman Gupta, binaan kuil sangat penting bagi menyebarkan agama. Agama Hindu menekankan simbol empat segi manakala agama Buddha pula lebih cenderung menggunakan bentuk bulat di dalam seni bina kuil. Terdapat empat struktur seni bina zaman Gupta iaitu pertama Shikara iaitu bentuk kereta kuda orang Aryan. Kedua Vimana iaitu kuil yang berbentuk campuran piramid bertingkat. Yang ketiga ialah Ratha yang menggunakan batu tegak untuk diukir menjadi bentuk binatang. Akhir sekali ialah Gopuram iaitu pintu masuk utama ke kuil.
    Seni bina pada zaman Maurya pula banyak dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat giat menyebarkan Buddha. Seni bina terpenting pada zaman Maurya pula ialah tiang Asoka. Kuil-kuil banyak dibina di dalam gua dan di dalam nya terdapat ukiran yang menggambarkan kehidupan Gautama Buddha.
    Pada zaman Chola pula, Kuil Brigathiswarar mempunyai corak seni bina yang sangat unik. Keunikan seni bina Kuil Brigathiswarar ini masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.
    Pada zaman Vedik pula, banyak bangunan keagamaan diubah oleh orang-orang agama Buddha. Contohnya Kuil Dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram.

    Soalan 2 akan dijawab dalam post yang lain..

  3. AMIRAH RASYIDAH BINTI MOHD NASIR -HS244-

    PENGARUH ISLAM KEPADA PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN SENI BINA TAMADUN INDIA:
    1.seni bina taj mahal semasa pemerintahan maharaja Shah Jehan. seni bina taj mahal merupakan gabungan seni bina Parsi, Turki, india dan Islam. Taj Mahal mempunyai 4 menara di setiap penjuru yang berunsurkan Islam kerana binaan menara yang tinggi. taj Mahal juga dibina di sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menarik dan menyerupai masjid. baisanya seni bina islam akan menerapkan unsur seni bina masjid di kawasan lapangan. taj mahal juga ada hiasan yang berunsurkan corak atau jambangan bunga serta geometrik yang melambangkan alam sekitar dan keagungan tuhan. ayat alquran serta tulisan khat juga menjadi ukiran di taj mahal.
    2. Masjid Quwwat-ul-Islam juga melambangkan seni bina Islam semasa zaman delhi.
    3. kebanyak seni bina di tamadun india mengunakan batu marmar dan ukiran yang juga berkaitan dengan seni bina islam. masjid dan bangunan juga mempunyai kubah.

    PERBEZAAN SENI BINA DI SETIAP ZAMAN:
    1. ZAMAN GUPTA
    Seni bina berasaskan agama misalnya agama hindu menekankan bentuk empat segi manakala agama Buddha berbentuk bulat. ada empat struktur penting iaitu shikara satau bentuk kereta kuda orang Aryan, Vimana atau kuail yang berbentuk piramid bertingkat, ratha atau batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang dan gopuram sebagai tanda pintu masuk kuil.
    2.ZAMAN MAURYA
    Seni bina dah berkembang maju. tiang asoka sebagai kemegahan zaman ini.
    3.ZAMAN CHOLA
    kuil Brigathiswarar merupakan keunikan seni bina zaman ini.
    4. ZAMAN VEDIK
    banyak bangunan keagamaan ditukar oleh orang Buddha semasa perintahan Maharaja Asoka

    refleksi 2 akn di jawap di post yang lain.

  4. NUR AZYAN BINTI RAMLI HS244

    1. Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India.
    • Hiasan geometri dan bunga pada ukiran seni bina di India
    • Ukiran ayat Al Quran pada dinding seni bina
    • Penggunaan tulisan khat menjadi seni utama untuk seni bina di India.
    Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India.
    • Zaman Asoka – dipengaruhi oleh Buddha kerana Asoka sangat kuat mengembangkan agama Buddha. Pintu gerbang gua juga banyak dibina. Kuil dibina dalam gua. Beribu stupa dibina yang diperbuat daripada batu dan berbentuk kubah. Elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan pada zaman ini.
    • Zaman Gupta, Maurya, Vedik, Chola – Brahmin yang berkuasa menentukan peraturan dan perancangan sesebuah kuil. Terdapat dua bentuk kuil yang sempurna: bulatan dan empat segi. Hindu lebih menekankan simbol empat segi. Buddha lebih condong kepada bentuk bulat. Bentuk empat segi lebih stabil berbanding bentuk bulatan. Setiap kuil menggunakan ukuran Hindu dikenali sebagai Vastupurshamamandala atau carta ajaib. Tiga jeni seni bina Hindu:
    • Nagara iaitu di bahagian India Utara.
    • Dravisa di bahagian selatan.
    • Vesara di India Tengah.
    Dalam seni bina Hindu terdapat beberapa struktur yang penting:
    • Shikhara –
    o diilhamkan daripada bentuk kereta kuda orang Aryan yan telah diubahsuaikan.
    • Vimana –
    o dikenali sebagai menara piramid merupakan kuil yang berbentuk pencampuran piramid bertingkat dan kubah, menjadi hallmark kepada seni bina kuil selatan India dan simbol shaivite iaitu aspek trinity Hindu.
    • Ratha –
    o batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang atau burung.
    o Contoh: Tujuh Ratha Mahabalipuram.

    • Gapuram –
    o berasal daripada perkataan Sanskrit bermaksud pintu pagar lembu.
    o menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil.
    • Di bahagian utara India, dikembangkan kesenian Hindu dikenali sebagai Nagara yang mempunyai menara dan batu berbentuk roda atau amalak.
    • Di bahagian selatan India, kesenian Hindu dikenali sebagai Dravida mempunyai tangga menara piramid atau gopuram.
    • Pmbinaan kuil diperluaskan sejak Zaman Gupta iaitu antara abad ke-12 hingga abad ke-19 di mana kuil2 dibina dengan begitu banyak dan meluas kerana:
    o disebabkan kepercayaan bahawa pembinaan2 merupakan tugas penting penganut agam Hindu.
    o ia menjadi faktor utama dalam aspek penyebaran agama.
    • Tumpuan pembinaan kuil hanya di selatan kerana di Utara Islam menjadi kuasa dominan.
    • Zaman kerajaan Vijayanagar antara abad ke 14 dan 16 ialah zaman kegemilangan dalam seni bina kuil.
    • Zaman pemerintahan Dinasti Cola, pembinaan kuil juga menjadi keutamaan terutama semasa zaman pemerinahan Raja Ditya I( kuil dibina khas untuk dewa Siva)
    • Pada Zaman Pallava kuil dibina dengan mengukir pada batu2 granit.
    • Di dalam komplek kuil gua di Ellora ini kuil yang masyur sekali adalah kuil Kailasanatha yang diina pada abad ke-8 Masihi.
    2. Pencapaian tamadun India dalam pelbagai bidang.
    • Astronomi atau falak adalah salah satu ilmu sains yang berkembang pesat pada zaman keagungan tamadun Islam. Pencapaian cemerlang umat Islam dalam bidang astronomi terutamanya pada zaman Abbasiyyah begitu hebat kerana terdapat banyak makmal-makmal astronomi khususnya di bandar-bandar besar seperti di Baghdad.
    • Umat Islam berjaya menghasilkan kaedah-kaedah pengiraan dan jadual-jadual (zij) yang amat berguna dalam bidang astronomi. Malah satu pencapaian yang cukup membanggakan adalah kejayaan umat Islam mencipta ‘asturlab’, iaitu alat peneropong bintang.
    • Antara tokoh yang hebat dalam bidang astronomi adalah Ibrahim al-Fazari al-Munajjam (777M). Beliau telah menghasilkan buku-buku panduan yang membantu ahli falak dalam usaha mempertingkatkan
    kajian bidang astronomi. Antara buku ilmiah dalam bidang astronomi hasil tulisan Ibrahim al-Fazari al-Munajjam adalah Kitab al-Qasidah Fi ‘Ilm al-Nujum, Kitab al-Miqyas lil Ziwal dan Kitab al-Zij `Ala Sini al-`Arab. Beliau juga banyak menghasilkan jadual-jadual yang sangat berguna dalam bidang ilmu falak.
    Pencapaian dalam Bidang Seni
    Seni dan kehidupan masyarakat India tidak pernah dapat dipisahkan. Tamadun India telah mencapai kecemerlangan dalam bidang kesenian yang boleh diringkaskan seperti berikut:
    1. Seni halus
    2. Tarian
    3. Drama
    4. Seni bina dan seni ukir
    5. Seni lukis

    Factor perkembangan peradaban India.
    • Pertambahan penduduk – Perkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yg berlaku secara beransur-ansur.
    Pada peringkat awal, manusia hidup dlm kumpulan2 kecil & menjalankan aktiviti memburu dan mengumpul makanan.
    Manusia menjadi semakin bertamadun apabila mereka hidup dlm kumpulan besar, mempunyai penempatan tetap serta menjalankan pelbagai kegiatan seperti bercucuk tanam, menternak, membuat alat2 senjata dan sebagainya.
    Kemajuan tamadun berterusan apabila penempatan mereka mengalami proses urbanisasi & berkembang menjadi negara kota yg diperintah oleh seseorang ketua dgn sistem pebtadbiran dan perundangan yg tersusun serta sistem sosial yg teratur.
    Secara tidak langsung, wujudnya sebuah masyarakat yg lebih dinamik atau berdaya maju.
    Penduduk juga dpt melahirkan idea2 serta ciptaan baru.
    Mereka juga mula mengamalkan pengkhususan kerja utk memastikan hasil kerja mereka berkualiti serta dpt dihasilkan dgn cepat.
    Kemajuan perlindungan – Punca utama tamadun muncul di lembah2 sungai ialah sungai merupakan tempat yg paling sesuai utk dijadikan kwsn penempatan. Kedudukan lembah2 sungai yg dikelilingi oleh laut & kwsn tinggi menjadikan kwsn tersebut selamat kerana kwsn itu boleh mengurangkan kemungkinan serangan musuh dari luar.
    • Kemajuan teknologi – Penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar merupakan sebahagian drpd kemajuan teknologi sewaktu perkembangan sesebuah tamadun.
    Selain itu, penciptaan alat2 bercucuk tanam seperti cangkul, sabit dan lain2 turut memudahkan penduduk utk bercucuk tanam lalu menyumbang kpd penghasilan makanan yg byk.
    Penciptaan alat2 senjata seperti lembing dan pedang turut memudahkan mereka utk melindungi penempatan mereka drpd diserang musuh.