e-Citac

Bicara India

1. Sila klik pautan di bawah untuk membaca soalan bagi aktiviti ini. Anda juga perlu menonton video ringkas di bawah untuk membantu bicara anda.

http://www.e-citac.com/wp/bicara_india/bicara_india.swf

2. Video ini hendaklah ditonton terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang disediakan dalam pautan di atas. Selamat menonton dan berbicara mengenai topik ini. Semoga anda dapat meningkatkan penguasaan tentang nilai ketamadunan.

3 thoughts on “Bicara India”

  1. nrizahuia Post author

    Nak bagi ulasan atau berkongsi pandangan tentang video di atas?
    Cara yang mudah:
    1- Masukkan nama anda….
    2. Email anda yang aktif
    3. Taip ulasan, idea dan pandangan di dalam ruangan komen.
    4. Pos/Hantar komen.

    Selamat berkongsi idea. Satu idea apabila bergabung dengan rakan2 akan menghasilkan idea yang bertambah bijaksana.

  2. NUR AZYAN BINTI RAMLI HS244

    1. Persamaan budaya India dengan Melayu ialah :
    • Adat perkahwinan – adat berinai yang sama antara India dan Melayu apabila mereka melangsungkan perkahwinan. Sebelum berkahwin, orang India akan merisik terlebih dahulu dan begitu juga orang Melayu.
    • Majlis perkahwinan India dan Melayu akan diadakan di rumah pengantin lelaki.
    2. Perbezaan budaya India dengan Melayu ialah :
    • India juga sebelum berkahwin, mereka akan merisik, meminang dan bertunang, sama seperti Melayu. Tetapi, niat mereka lakukan perkara itu adalah berbeza.
    • India = cara merisik melalui pertanyaan saudara/rakan
    • Melayu= cara merisik dengan ‘meninjau’
    • India = meminang untuk mengeratkan hubung kekeluargaan
    • Melayu = meminang untuk menyatakan tujuan utama mereka.
    • India = adat bertunang, hantaran hanya dilakukan oleh cumanggali sahaja.
    • Melayu = hantaran agak unik untuk bertunang.
    3. Sumbangan Mahatma Gandhi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat India.

    MAHATMA GANDHI
    • Idea nasionalisme tidak ketara lagi untuk mendapatkan kemerdekaan
    • Menyediakan ruang yg penting untuk golongan pertengahan.- 1905 Peristiwa Benggal Partition mempengaruhi pemikiran orang Islam. Pemisahan Benggalmemberi kesan yg lebih bagi orang Islam dari sudut politik
    • Gandhi melihat masyarakat yg tertinggal- bawahan golongan anak tuhan (orang luar kasta).‡ pada abad ke 19 kasta menjadi amalan yg kuat dipegang.‡ Kongres Kebangsaan India mampu bergerak sebagai wadah yg penting di India-elit.‡ Gandhi mula terbabit dalam politik India -iaitu dari gerakan Khilafat (1918-1921)
    • Gandhi lancarkan Sathyagraha di India untuk mendapatkan ruang yg besar dalam aktivitiekonomi, politik dan social.
    • Gandhi berjaya membawa masyarakat Hindu dan Islam ke tahap perkembangan yg begitu penting.
    • Era 1920-an sebagai era Gandhi‡ 1920 – 1940-an era Gandhi sebagai medium untuk berhubung dengan British.

    MAHMUD GHAZNI
    • Meneruskan kegemilangan Kerajaan Sabaktigin.
    • Kejayaan mAhmud menawan Khurasan ini telah menyebabkan Khalifah Abbasiyah di Baghdad mengiktiraf beliau sebagai pemerintah yang berkuasa di Khirasan dan kawasan timurnya.
    • membina beberapa buah benteng besar dan parit panjang disekitar kota Ghazna. Benteng besar dan parit panjang ini adalah bertujuan untuk melindungi kota Ghazna daripada serangan pihak luar.
    • Tindakan pertama yang diambil oleh beliau ialah menyerang bandar-bandar sempadan di sekitar Genting Khaibar.
    Nilai-Nilai dan Etika Utama (Doktrin kepercayaan masyarakat India)
    • Kepercayaan kepada Kuasa agung.
    • 3 perkara kekal iaitu tuhan, roh atau jiwa dan kejahilan/berkaitan dengan hal-hal keduniaan.
    • Tuhan – Elemen kekal punyai kuasa dan kebenaran mutlak.
    • 3 Peranan utama iaitu mencipta, memelihara dan membinasakan.
    • Tradisi Hindu – Brahman/aryan, Brahma, Vishnu, Thirumal, Utiran/Aran. (Tuhan Panca Kiruthiyam)
    • Tuhan satu tetapi ia boleh disembah dalam pelbagai bentuk.
    • Doktrin Karma. Karma – tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang.
    • Doktrin – Kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi.
    • Ada punya karma dan papa karma.
    • Karma menekankan rasa bertanggungjawab dan melaksanakan nilai-nilai baik.
    • Kesempurnaan Rohani- Perbuatan baik sangat mulia dan kedudukan tinggi.
    • 3 jalan mencapai kesempurnaan iaitu Karma Yoga, Bhakti Yoga dan Jnana Yoga.
    • Karma Yoga – Aktiviti mengasingkan diri atau membuat jasa kepada masyarakat.
    • Bhakti Yoga – Memilih jalan bebrbuat kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin.
    • Jnana Yoga – menggunakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Mengamalkan tatatertib agama yang sangat ketat.
    Perbandingan dengan cara hidup dan kepercyaan Islam.
    • Islam merupakan agama yg berlandaskan cara hidup yg berteraskan kpd keesaan Allah, rukun Islam, rukun iman serta mengenengahkan hubungan baik antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah.
    • Dalam Islam juga terdapat konsep pahala dosa, syurga neraka, dunia akhirat serta percaya kepada semua kejadian ada penciptanya iaitu Allah swt.
    • Selain itu, Islam juga mengamalkan konsep assyumul dlm pelbagai aspek yang merangkumi semua bidang kehidupan sama ada politik, ekonomi, social, budaya dan pemikiran Islam sebagai satu cara hidup.
    • Islam juga mementingkan akidah dan syariah yg menjadi teras dlm kehidupan penganutnya.
    • Islam mula berkembang pesat di Asia Tenggara menjelang abad ke-12 dan bertapak di Filipina, Indonesia, Brunei, burma, siam dan Indo-China. Islam memiliki tpk dan kedudukan yg kukuh di AT. Msyarakat Islam telah memiliki satu system politik dan pemerintahan yg kukuh dan sistematik, satu system perundangan yg berlandaskan ajaran islam, system ekonomi yang baik dan system social yg dinamik. Misalnya dlm konteks pemerintahan berlaku perubahan dimana raja mula dianggap sbg pemegang amanah allah dan memiliki kedudukan yg tinggi.
    • Selain itu, raja juga dipercayai memiliki keramat dan daulat dimana rakyat yg engkar akan perintah raja akan ditimpa tulah. Istilah raja juga diubah kpd sultan.
    • Penasihat sultan yg sblm ini digelar Brahmin tlh diubah kpd ulama dan mufti. Dlm aspek ekonomi, sistem ekonomi berlandaskan hukum syarak diamalkan di mana amalan riba adalah dilarang.Manakala dalam konteks perundgan, undang2 islam tlh memainkan peranan yg ptg dlm menentukan perjlnan hidup mskt agar mengikut landasan yg dittpkan.