Pengenalan
Refleksi Tamadun merupakan aktiviti menonton video di atas talian. Pelajar digalakkan memuat turun video terlebih dahulu sebelum menyaksikan kandungan video untuk mengelakkan gangguan rangkaian. Selepas menonton video, pelajar-pelajar diminta berkongsi refleksi terhadap video dan mengaitkan dengan topik-topik pembelajaran yang telah dipelajari. Seterusnya pelajar meneruskan perbincangan bersama dengan rakan-rakan berserta bimbingan daripada pensyarah.
Aktiviti
- Pensyarah memuatnaik dua video yang berkaitan dengan silibus bagi setiap satu topik pengajaran.
- Pelajar akan menonton video di atas talian. Pelajar digalakkan memuat turun video terlebih dahulu di komputer/laptop/netbook dan lain-lain alat untuk mengelakkan gangguan rangkaian semasa menonton.
- Pelajar diminta memuatkan refleksi di dalam ruangan forum.
- Pelajar berpeluang untuk berdiskusi dengan rakan-rakan di atas talian menerusi LMS (i-Learn), facebook dan WhatApp beserta bimbingan pensyarah.
Pelaksanaan Aktiviti
- Pensyarah akan memuatnaik dua video selepas tamat setiap topik pembelajaran.
- Pensyarah memaklumkan kepada pelajar tentang video berkenaan.
- Pelajar diminta masuk dalam LMS (i-Learn) untuk menonton video dan membuat refleksi tentang video.
- Perbincangan bersama dengan rakan-rakan dan bimbingan pensyarah membantu pelajar membina dan mengukuhkan ilmu pengetahuan.
