Sinopsis
Penilaian berterusan merupakan aktiviti yang dirangka untuk menilai pembinaan pengetahuan dalam kemahiran komunikasi, kemahiran berpasukan, etika dan profesionalisme dan pembelajaran sepanjang hayat dalam tempoh pembelajaran. Penilaian ini melibatkan aktiviti Tinta Tamadun, Eksplorasi Tamadun, Refleksi Tamadun dan Bicara Tamadun yang terdapat dalam menu aktiviti (Modul Al-Mukasyafah).
Arahan:
- Pelajar perlu melaksanakan SEMUA tugasan di dalam menu aktiviti (Modul Mukasyafah).
- Markah setiap aktiviti adalah mengikut pecahan seperti di dalam Lampiran pada menu penilaian berterusan.
- Fasa penilaian aktiviti adalah seperti berikut:
Fasa 1: Tinta Tamadun (lapangan dan penghasilan projek secara autentik dan kolaboratif)
Fasa 2: Refleksi Tamadun (secara kolaboratif-selepas belajar).
Fasa 3: Bicara Tamadun (secara kolaboratif-atas talian)
Fasa 4: Eksplorasi Tamadun (secara kolaboratif – selepas tamat topik pembelajaran)
4. Markah bagi penilaian berterusan dinilai secara manual oleh pensyarah mengikut rubrik berpandu kepada aktiviti yang dijalankan.