SELAMAT DATANG
KURSUS TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
SALAM TAARUF DAN SELAMAT MENEROKA MODUL KURSUS TITAS (e-CITAC)
1. Pengenalan
Modul Kursus TITAS (e-CITAC) merupakan modul yang dirangka untuk digunakan dalam pengajaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) (CTU 551) sebagai bahan instruksi pengajaran berasaskan strategi Blended Learning. Modul ini dibangunkan dalam bentuk modul elektronik dengan menggunakan prinsip reka bentuk multimedia untuk pembelajaran dan blended learning. Teori pengajaran dan pembelajaran disepadukan dalam pembangunan modul ini agar dapat menyumbang motivasi kepada pelajar untuk belajar kursus ini. Terdapat tiga sub modul yang dibangunkan dalam modul ini: Nota Pembelajaran (Modul Mursyid), Aktiviti (Modul Mukasyafah) dan Penilaian (Modul Tajribah). Modul ini juga dilengkapi dengan panduan bagi membantu pensyarah dan pelajar menggunakan modul ini. Modul ini direka dalam bentuk pengajaran bersistem dengan menggunakan teori psikologi motivasi ARCS. Manakala teori pembelajaran yang disepadukan dalam modul ini ialah teori kognitif pembelajaran multimedia (CTML), teori autentik dan teori konstruktivisme .
2. Tujuan Modul
Modul Kursus TITAS (e-CITAC) dibangunkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) (CTU 551) berasaskan strategi Blended Learning. Kursus TITAS adalah kursus wajib universiti sebagai syarat untuk graduasi bagi pelajar IPTA dan IPTS di peringkat Ijazah Sarjana Muda.