1. Sila berbincang bersama dengan rakan-rakan tentang topik berikut:
http://www.e-citac.com/wp/mukasyafah_cina/bicara_china.swf
Semoga anda sentiasa cemerlang.
1. Sila berbincang bersama dengan rakan-rakan tentang topik berikut:
http://www.e-citac.com/wp/mukasyafah_cina/bicara_china.swf
Semoga anda sentiasa cemerlang.
-pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat
Nilai-nilai murni masyarakat Cina Mayarakat Cina juga mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta yang tersendiri. Mereka memuja nenek moyang dan Tian (langit) Di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman atau alam semula jadi. Ianya wujud di kalangan masyarakat Cina sejak zaman silam lagi. Masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan.
Bagi masyrakat Cina kepercayaan dan agama merupakan perkara yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi ianya tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakannya tidak mempunyai kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujud antuhan yang satu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam dan Kristian. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mmepunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu memmentingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat.
Masyarakat Cina juga mempercayai langit atau (tian) sebagai makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang. Ianya juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta dalam konteks etika Konfusianisme. Di samping itu ajaran seperti agama Buddha, Taoisme dan Konfusianisme menekan aspek etika dan moral.Konsep Ying dan Yang juga mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina. Kedua-dua tersebut penting untukmencapai keseimbangan di antara langit dan bumi. ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun AsiaUM: 2002: 306-307) Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek- aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran Konfusius(551SM-479SM). Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan. Oleh sebab itu manusia berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu:
i. Perikemanusiaan(ren)
ii. kewaj aran(yi)
iii. kesusilaan(Ii)
iv. kearifan(zhi)
Selain daripada itu ketaatan kepada ibu bapa juga dititikberatkan oleh ajaran Konfusius. Menurut beliau jugamanusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat. Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia(xiao). Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan. Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat di mana usaha individu yang membentuk peribadi ke arah kebaikan. Gaozi menyatakan sifat semula jadi manusia tidak baik dan tidak jahat. ( Soo Khin Wah 2001 : 306-308). Ajaran konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai
Wulun iaitu:
i. Raja dengan menter
ii. Ayah dengan anak
iii. Suami dengan Isteri
iv. Abang dengan adik
v. Kawan dengan kawan
Konsep diatas jelas menunjukkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai mumi yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Dalam ajaran Buddhisme pula mementingkan kesederhanaan dimana asas pengajarannya ialah penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan. Keluarga dan masyarakat Cina amat mengambil berat tentang hubungan sesame manusia. Walaupun sistem kekeluargaan tradisional pemah mengalami perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa bapa tetap berkekalan dan berlanjutan sehingga ke hari ini. Dalam tamadun Cina kita dapat lihat masyarakat tersebut mementingkan nilai kemanusiaan di mana mereka menganggap manusia mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Nilai-nilai itu dapat dilihat hasil daripada humanisme antaranya ialah: ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia UM: 2002 : 310-311).
1. Moral sebagai ideology
2. Hubungan manusia dengan alam semesta.
3. Mementingkan institusi keluarga
4. Pendidikan diberi keutamaan.
5. Keharmoniaan merupakan nilai utama
Daripada penjelasan di atas, jelaslah kepada kita bahawa masyarakat cina atau agamaBudha menyeru penganutnya berakhlak mulia. Oleh sebab itu masyarakat dan Negara haruslah hidup secara beretika berbudi pekerti mulia. Ianya jelas menunjukkan bahawa setiap golongan samada pemerintah dan diperintah mestilah mempunyai moral danakhlak yang mulia. Keluarga, masyarakat dan juganegara perlu mengetahui peranan masing-masing supaya kehidupan kita aman dan sejahtera.
-perbezaan
• Dalam tamadun Islam, epistimologinya bersumber daripada ajaran Allah SWT menerusi wahyu al‐Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber utama.
• Akal, pengalaman hidup dan intuisi adalah sumber sokongan yang boleh diguna pakai sekiranya tidak bertentangan dengan sumber utamanya.
• Dua sumber inilah yang menjadi kunci kepada seluruh world view tamadun Islam
• Epistemologi akan menterjemahkan pandangan hidup dan sistem nilai baik atau buruknya, halal haram yang menjadi kepercayaan dan amalan dalam masyarakat dan pembinaan tamadun.
• Adanya wahyu tidak bermakna manusia berserah tanpa berusaha dalam konteks fatal sebab amat bertentangan dalam sistem akidah Islam Sebaliknya daripada semangat wahyu itulah memberikan manusia sifat energetik agar menggunakan segenap kudrat minda dan upaya membangunkan tamadun di atas upaya membangunkan tamadun di atas
muka bumi ini.
• Wahyu membuka ruang luas untuk manusia menggunakan kecerdasan minda dan pengalaman hidup.
• Amat sedikit perkara yang telah menjadi ketetapan wahyu secara mutlak yang tidak boleh dipertikaikan oleh keterbatasan akal manusia misalnya dalam hal pengharaman judi
dan seumpamanya.
• Ini bererti, apa jua bentuk kecekapan minda manusia untuk mendapatkan harta dan kekayaan yang terdapat unsur judi dalam membangunkan tamadun di bumi, tidak diiktiraf oleh tamadun Islam.
– Spiritual atau kerohanian
• Makan, minum, berpakaian.
– Niat kerana Allah, ada batasan hukum adab adab
• Etika berbuat baik.
Contohnya: Menolong orang
– Atas dasar akhlak dan
balasan akhirat.
• Islam [Wahyu]
• Dalam tamadun Islam, segala kebenaran adalah berpaksikan kepada wahyu. Taraf manusia selaku hamba yang dicipta dengan kemampuan akal yang terbatas adalah cukup lemah untuk mencipta kebenaran mutlak terutamanya dalam perkara yang bersifat metafizik.
• Konsep Tuhan dalam Islam berbeza dari semua agama budaya
• Kebenaran yang ditekankan dalam aspek metafizik menurut tamadun Islam adalah berlegar sekitar rukun iman yang enam. Rukun iman itu jugalah merupakan world view setiap muslim.
• Amalan riba yang meskipun mendatangkan sedikit keuntungan kebendaan tetapi telah nyata ditegah oleh wahyu Tuhan lantaran lebih banyak menimbulkan penindasan dan melebarkan jurang sosial masyarakat
• Pandangan tamadun Islam melihat kemajuan dan kebahagiaan dunia sebagai alat dan matlamat mencari keredaan Allah serta kesenangan hari akhirat.
-ajaran
Konfusianisme
Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 s.m).
Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius.
Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).
Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu:
Perikemanusiaan (ren)
Kewajaran (yi)
Kesusilaan (li)
Kearifan (zhi)
Menurut pandangan Konfusius, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat.
Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan.
Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat.
Gaozi menyatakan sifat semulajadi manusia tidak baik dan tidak jahat.
Wulun merupakan 5 jenis hubungan order sosial dalam falsafah Konfusius iaitu:
raja dengan menteri
ayah dengan anak
suami dengan isteri
abang dengan adik
kawan dengan kawan
Moisme
Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 s.m).
Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.
Daoisme
Diasaskan oleh dua orang pemikir iaitu Lao Zi (604 s.m) dan Zhuang Zi (369-2865 s.m) yang berpendapat:
Pemeliharaan alam semulajadi.
Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha.
Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.
Legalisme
Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin.
Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem pemerintahan aliran Legalis iaitu:
Kuasa (Shi).
Cara (Shu).
Perundangan (Fa).
Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme.
Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
Islam
-Diperkenalkan melai peranan pedagang Islam Arab dan Parsi di selatan China.
– Tokoh Islam Cina:-
Wang Daiyu, Ma Zhu, Liu Zhi ,Ma Dexin ,Zheng He
-Tokoh-tokoh ini bukan sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam, tetapi juga pakar dalam klasik Cina.
– Kesan pengaruh atau dampak Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui:-
-reka bentuk masjid
-dewan membaca Al-Quran
-tanah-tanah perkuburan di seluruh negara China
-pengaruh islam dengan ajaran agama berkenaan
Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua saluran jalan pada kira-kira kurun ke-8: pertamanya, melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China (mereka ini mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou dan Quanzhou; dan keduanya, melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan. Di peringkat awal, walaupun terdapat cebisan-cebisan tulisan dalam bahasa Cina mengenai Islam demi memperkenalkan ajaran agama mi kepada orang Cina tetapi ianya didapati tidak berkesan. Dampak Islam menjadi semakin kuat dan mendalam beberapa kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti Wang Daiyu (kkl580-1658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Mereka menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina sertaterjemahantentang agama Islam. Mereka tidak sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam tetapi juga pakar dalam klasik Cina, khasnya klasik Konfusianisme. Antara mereka, Wang Daiyu ialah tokoh yang pertama menghasilkan karya tentang agama Islam dalam bahasa Cina. Karya pertama beliau yang berjudul Zhengiao zhenquan (Anotasi Tulin Ajaran Ortodoks) diterbitkan pada tahun 1642. Semenjak itu, berpuluh-puluh sarjana Konfusian-Muslim mengikut jejak langkah Wang Daiyu dalam memainkan peranan penting dan memberikan sumbangan dalam tradisi keilmuan Islam di negara China.
Melalui penelitian terhadap hasil-hasil karya sarjana-sarjana tersebut, diperlihatkan beberapa ciri-ciri yang menonjol. Misalnya, demi membolehkan orang Cina memahami dan menenma agama Islam, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam. Liu Zhi pula menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam. Kedua-dua mereka juga cuba mencantumkan konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi. Usaha-usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama. Pada masa itu dan sehmgga kirn, agama Islam ditenma dengan baik di negara China. Rakyat China yang beragama Islam dianggarkan sejumlah 17 juta orang dan terdiri daripada 10 kaum. Kebanyakan penganut Islam berbangsa Cina ini terdapat di kawasan autonomi seperti Xinjiang, Ningxia dan beberapa wilayah lain di bahagian barat laut China.
1. Satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan.
• Konsep Tian
Pemujaan nenek moyang dan Tian.
Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak Dinasti Zhou.
Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme.
• Konsep Dao
Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”.
Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk
I. Menunjukkan satu jalan
II. Cara kelakuan
III. Tabiat ( Baik atau buruk )
Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik.
Konsep Dao menurut Konfusiud, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau sesuatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
• Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
Kitab Yijing ( The Book of Changes ) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad.
Dwikuasa Yin Yang dihasilkan menerusi perubahan Taiji.
Yin Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah,lembut manakala Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dank eras.
• Keharmonian Tian dan Manusia
Terbentuk berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian.
Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai tanda kemarahan Tian .
• Prinsip Zhong Yong
Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.
Merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
PERBEZAAN DENGAN TAMADUN ISLAM.
Perkaitan pengaruh Islam dalam falsafah China ialah daripada :
• reka bentuk masjid
• dewan membaca Al-Quran
• tanah-tanah perkuburan di seluruh negara China
Pandangan semesta tamadun Islam perlu dilihat kepada beberapa konsep yang membentuk tamadun Islam itu sendiri. Semuanya terkandung dalam ajaran al-Quran.
.Pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu, pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.
Konfusianisme
Merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik.
Berasal daripada tulisan-tilisan klasik
Pengajaran utama menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia ( perikemanusiaan – ren, kesusilaan – li, ketaatan kepada ibu bapa – xiao )
Daoisme
Diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina : Lao Zi ( 604 SM ) dan Zhuang Zi ( 369 – 286 SM ).
Terbahagi kepada dua cabang utama : –
I. Pemikiran falsafah Dao
II. Aliran keagamaan Dao
Dao merupakan jalan yang mempunyai perngertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan dan tidak dapat diperikan.
Moisme
Diasaskan oleh Mo Zi ( 479 SM – 381 SM ).
Konsep penting termasuk :-
I. Kasih sayang sejagat ( jian’ai)
II. Menyerah kepada nasib ( feiming )
III. Mengecam sikap suka berperang ( feigong )
IV. Mengutamakan golongan cerdik pandai ( shangxian )
Legalisme
Diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi.
Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
Menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang
Aliran ini mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di Negara China.
Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua saluran jalan: pertamanya, melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China (mereka ini mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou dan Quanzhou; dan keduanya, melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan. Di peringkat awal, walaupun terdapat cebisan-cebisan tulisan dalam bahasa Cina mengenai Islam demi memperkenalkan ajaran agama mi kepada orang Cina tetapi ianya didapati tidak berkesan. Dampak Islam menjadi semakin kuat dan mendalam beberapa kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti Wang Daiyu (kkl580-1658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Mereka menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina sertaterjemahantentang agama Islam. Mereka tidak sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam tetapi juga pakar dalam klasik Cina, khasnya klasik Konfusianisme. Antara mereka, Wang Daiyu ialah tokoh yang pertama menghasilkan karya tentang agama Islam dalam bahasa Cina. Karya pertama beliau yang berjudul Zhengiao zhenquan (Anotasi Tulin Ajaran Ortodoks) diterbitkan pada tahun 1642. Semenjak itu, berpuluh-puluh sarjana Konfusian-Muslim mengikut jejak langkah Wang Daiyu dalam memainkan peranan penting dan memberikan sumbangan dalam tradisi keilmuan Islam di negara China.